Pengarang : Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Abdul Hadi Al-Maqdisi
Buku "Ensiklopedi Hadits-Hadits Hukum" ini merupakan kumpulan hadits-hadits dalam masalah undang-undang yang dirangkum dari kitab-kitab induk hadis yang mu'tabar, seperti Musnad Imam Ahmad, Shahih Al-Bukhari, Shahih Muslim, As-Sunan, Al-Mustadarak , As-Sunan Al-Kubra, dan yang lainnya.
Dalam buku ini penulis merumuskan 1320 hadis yang disusun secara maudhu'i [tematik] sesuai dengan perbahasan fiqh yang meliputi perbincangan tentang thaharah [bersuci], solat, jenazah, zakat, ghasab dan Syuf'ah, faraid [warisan] dan wala ', nikah , mahar, talak, ruju ', ila', zhihar, sumpah, li'an, penyusunan, nafkah, jinayah, diyat, hudud, kehakiman, persaksian, perubatan dan sebagainya.
Buku ini merangkumi perbincangan yang lengkap namun disajikan dengan ringkas. Kaedah yang dipilih oleh penulis sangat memudahkan pembaca ketika mengkajinya, kerana hadis-hadis yang ada dipaparkan secara sistematik dan tematik. Kelebihan buku ini, selain penulis menerangkan kedudukan dan kualiti hadis dari segi sahih, hasan dan dhaifnya, juga dilengkapi dengan syarah dan tahqiq oleh Abdul Mannan Abdul Latif Al-Madani (Penyelidik di Pusat Kajian Islam Al-Allamah bin Baz di Universiti Imam Ibnu Taimiyyah India ). Sehingga, pembaca dapat mengambil intisari dan faedah dari setiap hadis yang ada.
Tidaklah berlebihan sekirannya buku ini masuk dalam senarai rujukan yang patut dimiliki oleh setiap muslim, thalibul ilmi [penuntut ilmu], guru, pendakwah dan siapa saja yang ingin menambah wawasannya dalam memahami hadis-hadis Nabi.