SET TARIKH DAULAH ISLAM

Save 5%
RM1,050.00 MYR
RM999.00 MYR

KOLEKSI TARIKH DAULAH ISLAM

Perjalanan dunia umat Islam untuk lebih 1400 tahun diwarnai oleh pelbagai peristiwa jatuh dan bangun digambarkan oleh penulis ternama iaitu Prof Dr Ali Muhammad as-Shallabi dalam siri bangkit dan jatuhnya Daulah Islam di Timur Tengah.

Wajar untuk kita menyedari hakikat yang pada hari ini kekalahan yang dialami oleh dunia Arab dan umat Islam rata-ratanya mengheret umat ini menjadi pasif dan seringkali ditindas. Kita perlu belajar daripada sejarah untuk bingkas bangun dan menjalankan tugas masing-masing sebagai salah satu daripada binaan atau tubuh umat Islam.

Sedarlah tidak ada siapa pun di luar sana yang akan membantu kita jika tidak dari kalangan kita sendiri yang berusaha dan berikhtiar untuk membangkit bara yang pendam untuk ratusan tahun. Bisa dan semangat perjuangan generasi awal Islam adalah resipi khusus yang ternyata ditakuti oleh para musuh.

Telah ramai para pemikir, pujangga, ulama dan pemimpin umat Islam mutaakhir yang telah bersuara untuk menyampaikan mesej mendalam kepada kita semua untuk kita semua bekerja dalam apa sahaja bidang untuk mengangkat kembali maruah sebuah ummat al-muwahhidun, yang tidak menyekutukan Allah, yang tidak membeza-bezakan para nabi dan Rasul dan yang sentiasa ada di kalangan mereka yang sentiasa berjuang menegakkan agama tauhid tercinta ini demi sebuah keredhaan dari Penciptanya.