Pengarang : Syaikh M Shalih Al-Utsaimin, dkk
Dalam menafsirkan Al-Qur'an, terdapat beberapa prinsip asas yang biasanya menjadi perhatian seorang mufassir. Di antaranya; Kesesuaian dengan kaidah bahasa Arab, penggabungan antara riwayah dan dirayah, mendahulukan tafsiran dengan ayat-ayat yang lain, menafsirkan dengan hadis, mengedepankan pendapat sahabat dibanding pendapat peribadi, mencermati asbabun nuzulnya, dan lain-lain.
Kitab "Muqaddimah fi Ushul At-Tafsir" atau biasa dikenali sebagai "Muqaddimah At-Tafsir" saja, merupakan satu karya fenomenal Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah dalam bidang ilmu tafsir yang banyak dijadikan rujukan oleh para ulama selepas beliau. Malah, sebahagian ulama menganggapnya sebagai salah satu kitab pelopor dalam bidang ilmu usul tafsir. Kitabnya memang tidak seberapa besar. Tetapi isinya sangat besar manfaatnya. Tak kurang, Ibnu Kathir, As-Suyuthi, dan AI-Qasimi pun menukilnya dalam kitab mereka.
Kerana isinya yang sangat penting untuk diketahui para pencinta ilmu, khususnya mereka yang mendalami ilmu tafsir, banyak ulama yang mensyarahkannya. Dan, buku yang ada di hadapan anda ini, adalah salah satunya. Bahkan, bukan hanya seorang, buku ini merupakan kumpulan syarah dari beberapa ulama besar, yang tentu lebih besar pula faedahnya bagi anda.