Tafsir Al-Asas : Tafsir Lengkap Dan Menyentuh Ayat-Ayat Seputar Islam, Iman Dan Ihsan

Save 40%
RM85.00 MYR
RM51.00 MYR

Pengarang : H. Darwis Ubaidah

Allah berfirman, "Rasul berkata, wahai Rabbku, sesungguhnya umatku menjadikan Al-Qur'an ini suatu yang diabaikan." (Al-Furqan: 30) Ketika mengulas mengenai ayat di atas, Syaikhul Islam, Ibnu Taimiyah berkata, "Siapa yang tidak berupaya memahami firman-firman Allah, maka termasuk orang yang menelantarkan Al-Qur'an"

Memahami Al-Qur'an maupun sunnah haruslah sesuai dengan cara Rasulullah dan para sahabat memahaminya. Hal ini sangat penting, kerana saat ini, banyak kalangan yang memahami Al-Qur'an dan Sunnah secara asal-asalan dan sesuai keinginan akalnya. Kerana itu, kehadiran Tafsir Al-Asas ini, di tangan para pembaca semoga boleh menjadi pengantar memahami Al-Qur'an secara sahih.

Penulis buku Tafsir Al-Asas ini, menjelaskan secara luas dan terperinci seputar ayat-ayat tentang Islam, Iman dan Ihsan yang menjadi dasar (asas) Islam dengan gaya bahasa yang mudah dicerna, tidak membosankan, ilmiah dan rujukan yang sah. Juga, menghadirkan komparasi pendapat para ulama dan kontekstual bagi manusia masa kini. Dengan membaca kitab-kitab tafsir ulama salaf, serta membaca kitab ini, terasa semakin lengkap. Sehingga, tak dapat tidak, kitab ini layak anda miliki.