Mengapa Sejarah Berulang ?

   Sejarah mampu menjadikan kita lebih bijak dalam mengatur urusan. Mereka yang melupakan sejarah akan mengulanginya dalam keadaan mereka tidak menyedari tindakan mereka. Dan mereka yang belajar daripada sejarah samada sejarah mereka atau sejarah bangsa yang lain akan mampu untuk berubah dan merencanakan perubahan.

  Oleh kerana itu, ramai para sarjana Islam sentiasa menghargai pelajaran atau ibrah daripada sejarah untuk menyampaikan peringatan kepada umat Islam supaya mereka tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh sebahagian generasi. Titik lemah dan kuat suatu bangsa akan terletak pada sikap para ahli ilmu, pemimpin dan budaya masyarakat awam.

  Oleh yang demikian, sejarah kejatuhan Baghdad pada era Abbasiyah mahupun sejarah Reconquista yang berlaku di Andalus perlu dielakkan by hook or by crook. Pada zaman teknologi maklumat yang ada sekarang, kita perlu pantas dan tegar dalam membawa perubahan/taghyir dan juga perbaikan/islah kepada masyarakat supaya mereka lebih berpengetahuan, berilmu dan juga mampu menjadi benteng peradaban bangsa Muslim. Sejarah dunia adalah sejarah Islam. Kerana penceritaan sejarah Islam dalam al-Quran tidak bermula dengan kelahiran Rasulullah saw. Ianya langsung pergi kepada kisah penciptaan Adam as, kebangkitan para nabi dan rasul untuk membawa mesej Tauhid, kelahiran kerajaan Islam yang pertama oleh kaum Bani Israel yang mengikuti Taurat dan Musa as dan kisah misi Tauhid yang dibawa oleh Isa as.

Sebagai kesimpulan, sejarah Islam kaya dengan dinamika dan fleksibiliti untuk semua manusia. Tauhid telah membawa generasi terdahulu bangkit untuk mempelopori pelbagai ilmu dan bidang pengetahuan. Semuanya dalam rangka untuk meletakkan kalimat Allah di tempat yang tertinggi. 

 

Founder

Islamic Book Republic

 

Previous article Sejarah Al-Andalus dan Abbasiyah