Sejarah Al-Andalus dan Abbasiyah

Sejarah Al-Andalus dan Abbasiyah

Al-Andalus menjadi sebahagian daripada peta politik bani Umayyah sejak era Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Namun pada sekitar tahun 750 masihi Al-Andalus bermetamorfosis menjadi sebuah identiti baru bagi kedua-dua dunia Eropah dan Islam. 

Allah swt berkehendak tentang seorang waris bani Umayyah berperanan di wilayah yang baru dan impak dari kemunculan dan peranan entiti politik Islam yang baru dan sophisticated ini memberi kesan langsung kepada kebudayaan masyarakat Eropah Barat. 

Abdurrahman as-Saqr. Itulah gelaran bagi khalifah pertama Emirate al-Andalus. Dia digelar Helang Quraisy. Ketika datangnya kemuncak revolusi Abbasiyah sejarah menunjukkan bukan sedikit kaum kerabat bani Umayyah yang dibunuh. Itulah politik demi mengimbangi kesilapan masa lalu oleh bani Umayyah. Abdurrahman sempat melarikan diri dengan segala kepayahan untuk beliau sampai ke Cordoba dari Damascus. Dan ahli sejarah mendefinasi al-Andalus sebagai kekhalifahan kedua untuk bani Umayyah setelah jatuhnya mereka ditangan pesaing mereka bani Abbas. 

 

 

Bersambung. 

Next article Mengapa Sejarah Berulang ?