Apa yang terjadi jika pada abad pertengahan Dunia Islam tidak melahirkan para saintis dan pencipta dalam bidang sains? Tahukah anda, bahawa masa kegemilangan Islam pada abad ketiga mampu melahirkan ilmuwan besar seperti Ibnu Sina (Avicenna), Jabir bin Hayyan (Geber), Al-Hasan bin Al-Haitham (Al-Hazen), dan lain-lain?
Buku ini memaparkan secara lengkap kisah hidup para saintis muslim yang bersusah payah mengabdikan hidupnya demi kemajuan agama, masyarakat, dan generasi selanjutnya. Hasil dari penemuan mereka, maupun manuskrip tulisan tangan mereka sampai sekarang masih tersimpan dan dipelajari di universiti-universiti berprestij oleh generasi abad sekarang. Mereka tidak hanya pintar di bidang teori, namun melakukan amalan secara langsung untuk membuktikan kebenaran penemuannya.
Marilah kita pelajari perjalanana hidup mereka, apa saja yang berjaya mereka temui, dan faktor apa yang memotivasi mereka hingga melahirkan penemuan-penemuan bermanfaat bagi umat manusia. Dan, anda pun boleh seperti mereka dan mampu mengubah "wajah dunia".