Asbab Wurud Al-Hadits

Save 40%
RM137.00 MYR
RM82.20 MYR

Pengarang : Imam As-Suyuthi

Untuk memahami sebuah hadis, tidak cukup hanya makna-maknanya secara tekstual. Akan tetapi juga harus memahami apa yang menjadi latar belakang hadis tersebut keluar dari lisan mulia Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam.

Sering kali sebuah hadis difahami apa adanya tanpa mengetahui latar belakangnya atau yang biasa disebut dengan asbabul wurud. Contoh, sebuah hadis tentang batalnya puasa orang yang membekam dan yang dibekam. Jika difahami sekilas, maka orang dibekam dan yang membekam boleh membatalkan puasa. Padahal makna sebenarnya dari hadits tersebut adalah: ketika seorang sahabat sedang membekam rakannya di bulan Ramadhan, keduanya sedang mengumpat saudaranya. Dan kebetulan saat itu Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam sedang lewat, lalu terdengar oleh beliau apa yang mereka perbincangkan. Sehingga terucaplah hadis tersebut.

Kerana itulah, Imam as-Suyuthi memandang perlu menyusun sebuah buku tentang asbabul wurud ini. Beliau tentu berharap agar dalam memahami sebuah hadis supaya tidak salah dalam menentukan sikap kita memerlukan pengetahuan lain yang secara sejarah mendasari keluarnya sebuah hadis. Buku yang sekarang barada di tangan anda ini layak untuk dibaca.