Pengarang :Prof. Dr. Abul Yazid Abu Zaid Al Ajami
Dalam Islam, perbezaan dalam masalah akidah sejatinya merupakan perkara tabu dan dilarang. Berbeza halnya dengan permasalahan fiqh yang memungkinkan toleransi dalam perbezaan pendapat, selama masih bersandar kepada dalil-dalil sahih lagi kuat. Banyak dari kita yang menganggap bahawa perbezaan pendapat fikih di antara empat mazhab fiqh Islam, dibarengi dengan pemahaman dan keyakinan akidah yang berbeza-beza.
Bahkan parahnya lagi, tidak sedikit yang menyimpang dari akidah yang dianuti oleh keempat. Padahal, para imam itu mempunyai akidah yang sama; iaitu akidah Ahlu Sunnah wal Jama'ah, biarpun pendapat fiqh mereka acapkali berbeza. Namun yang sangat disayangkan adalah majoriti kaum muslimin tidak mengetahui hal ini.
Akidah imam empat mazhab; Abu Hanifah, Malik, Asy-Syafi'i, dan Ahmad adalah sebagaimana ditegaskan Al-Qur'an dan Sunnah Nabi Muhammad, sesuai dengan apa yang menjadi pegangan para sahabat dan tabi'in. Tidak ada perbezaan diantara mereka dalam masalah ushuluddin (pokok agama). Sungguh perbezaan fiqh di antara para imam fiqh tidak lantas membuat akidah dan keyakinan mereka pun berselisihan. Bagaimanakah akidah dan keyakinan yang mereka anuti? Jawapannya ada didalam buku ini.