Pengarang : Imam al-Qasthalani
Hadis Qudsi adalah hadith yang maknanya dari Allah Suhanallahu wa ta'ala dan lafaznya dari Nabi Shalallahu Alaihi wa Salam. Beda halnya dengan al-Qur'an dimana lafaz dan maknanya dari Allah Suhanallahu wa ta'ala.
Penjelasan hadis-hadis ini diambil dari syarah al-'Allamah al-Qasthalani dalam kitab sahih al-Bukhari dan al-Imam an-Nawawi Rahimahullahu Ta'ala dalam kitab Shahih Muslim di mana para hadith semasanya telah mengakui akan kredibilitinya dan keilmuanya juga generasi sesudahnya, kerana ucapannya menjadi hujjah yang kuat dan dapat menutup mulut para lawannya.
Dalam kitab Ensiklopedi Hadits Qudsi dan Penjelasannya ini memuatkan pelbagai macam permasalahan dalam syariat ini, baik itu aqidah, Muamalat, ibadah, jihad, zakat, puasa dan kajian-kajian menarik lain yang dinukil dari kitab-kitab rujukan iaitu Kitab al-Muwaththa 'Imam Malik , Shahih Imam Bukhari, Shahih Imam Muslim, Jami 'Imam at-Tirmidzi, Sunan Abu Daud, Sunan an-Nasa'I dan Sunan Ibnu Majah.