Khawarij Dan Syiah : Dalam Timbangan Ahlu Sunnah Wal Jama'ah
Pengarang : Prof. DR. Ali Muhammad Ash-Shalabi
Buku ini tergolong kategori 2 in 1 (two in one) kerana memuatkan dua tema sekaligus. Uniknya, kedua-dua tema yang diusung saling bertolak belakang, yakni Khawarij dan Rafidhah (baca: Syiah Imamiyyah / Itsna Asyariyyah). Kedua-dua mazhab dalam Islam ini mempunyai rivalitas yang nescaya kerana masing-masing merupakan ujung dari dua kubu ekstrim. Yang satu anti Amirul Mukminin Ali Radhiyallahu Anhu, yang lain malah mengultuskannya. Akan tetapi justru itulah benang merah yang diolah sedemikian apiknya oleh DR. Ali Muhammad As-Shallabi sehingga menjadi buku yang ada di hadapan pembaca ini.
Dalam buku yang bertajuk Khawarij dan Syiah dalam Timbangan Ahlussunnah Wal Jamaah ini, Ash-Shallabi yang kesohor sebagai penyusun buku-buku sejarah, memaparkan dengan jelas hakikat Khawarij dan Syiah. Bermula dari asal-usul, perkembangan, paham, argumentasi, ciri-ciri, sampai interaksi keduanya dengan umat Islam secara umum.
Dengan membaca buku ini, insya Allah terjawab segala pertanyaan yang tersimpan dalam benak tentang Khawarij dan Syiah, dan tersingkap hakikat yang selama ini masih samar tentang kedua-dua kumpulan ekstrim tersebut dalam pandangan Ahlussunnah yang dikenal moderat dalam menimbang segala persoalan.