Sesungguhnya tiada perkataan yang paling benar, bermanfaat dan menyeluruh untuk kebaikan dunia dan akhirat, setelah firman Allah swt daripada perkataan Rasulullah saw. Kerana Baginda saw adalah makhluk dan hamba yang paling mengerti, paling membimbing, paling terang perkataan dan pengajarannya.
Apalagi Baginda saw mendapat Jawami' al-Kalim dan dianugerahi kelebihan untuk meringkas kata-kata. Sehingga dalam banyak keadaan, Baginda mengucapkan perkataan yang paling sedikit lafazhnya tetapi sarat dengan makna dan lautan hikmah.
Buku ini membawakan nasihat dan wasiat langsung daripada Rasulullah saw yang merangkumi persoalan tauhid, ibadah, syariat, perbahasan iman dan juga tazkiyatun nafs.
By: IBR Editor