Pengarang : Khalid Muhammad Khalid
Khalid Muhammad Khalid dikenal sebagai pemikir Islam kontemporari asal Mesir, namanya cukup terkenal seiring dengan karya karyanya, Rijalun Haular Rasul (60 Sahabat Nabi) berisi tentang biografi sahabat Nabi SAW, karya karyanya dikenali dengan gaya tulisan yang mudah dicerna.
Khalid kecil menghafal Al Quran 30 juz hanya dengan masa 5 bulan saja, selesai dari hafalan Qurannya, ia melanjutkan pengajian di Universiti Al Azhar saat ia hanya berumur 16 tahun, lulus dengan predikat Syahadah aliyyah dari fakulti syariah pada tahun 1945 M.
Selepas kuliah dari Al Azhar, ia bekerja sebagai pengajar sekitar 9 tahun hingga tahun 1954 M, ia kemudian dilantik sebagai perunding penerbitan Islam oleh kementerian kebudayaan Mesir. Ia pun mengajukan pension atas keinginan sendiri pada tahun 1976 M. Pelbagai tawaran untuk menjadi pegawai Negara pernah mengalir padanya, baik pada era Jamal Abdul Nasser dan Anwar Sadat, namun ia tolak semuanya.
Ahli ibadah yang sibuk dengan persiapan menuju akherat dan Rabb-nya ini mempunyai personaliti yang rendah hati dan bergaya hidup sederhana. Ia meninggal dunia di rumah sakit pada malam Jumaat 29 Februari 1996 M dalam usia 76 tahun. Jenazahnya di solatkan di Masjid Jami Al Azhar dan di kebumikan di desa kelahirannya.