Bangkit Dan Runtuhnya Andalusia

Save 9%
RM149.00 MYR
RM135.00 MYR

Penulis: DR. Raghib As-Sirjani

879 m/s

Sejarah Andalusia adalah kisah tentang kegemilangan kaum muslimin yang berjaya menakluk wilayah di benua Eropah, yang kemudian mengisinya dengan tinta emas kejayaan dan keunggulan peradabannya. Ketika wilayah Andalusia, yang saat ini terletak di Sepanyol dan sebahagian kecil Portugal berada di bawah kekuasaan kaum muslimin, jejak-jejak kecemerlangan peradaban mereka menjadi rujukan bangsa-bangsa Eropah. Banyak saintis dan ulama yang ahli dalam pelbagai bidang, yang kemudian menjadi perintis ilmu pengetahuan, serta menjadi acuan saintis-saintis Barat.

Andalusia, negeri yang indah dan eksotik, berada di bawah kekuasaan kaum muslimin, selama kurang lebih 800 tahun atau 8 abad lamanya. Dari tahun 92 H / 711 M hingga tahun 797 H / 1492 M. Kekhilafahan Islam dan dinasti-dinasti kaum muslimin berjaya mengubah kawasan di dataran Eropah itu menjadi simbol kegemilangan peradaban dan kekuatan kaum muslimin. Para sejarawan yang meneliti negeri Andalusia banyak menceritakan, bagaimana umat Islam yang bertapak di kawasan itu berjaya memberikan sumbangan bagi peradaban dan ilmu pengetahuan ke segala penjuru di Eropah.

Jika hari ini kita mengenal kota-kota indah seperti Barcelona, ​​Madrid, Valencia, Sevilla, Granada, Malaga, Cordova, dan sebagainya yang tersohor di Sepanyol sebagai pangkalan kelab-kelab bola sepak ternama serta menjadi destinasi pelancongan dunia, maka ketahuilah bahawa pada masa lalu bandar-bandar tersebut dihuni oleh kaum muslimin, dan berada di bawah pemerintahan Islam.

Bandar-bandar di Andalusia pada masa lalu juga menjadi pusat-pusat ilmu pengetahuan dengan pelbagai perpustakaan yang megah dan ulama-ulama yang terkenal. Masjid-masjid berdiri megah, simbol-simbol keislaman tersebar di manamana. Begitulah keadaan negeri Andalusia pada masa lalu, negeri yang hingga hari ini masih lekang dalam ingatan kaum muslimin, walaupun sejarahnya kini telah berubah.

Buku ini adalah rekod sejarah, tentang bangkit dan runtuhnya kekuasaan Islam di Andalusia. Sangat penting bagi mereka yang ingin mengetahui bagaimana Islam boleh berkuasa dan berkembang di tanah besar Eropah. Sayang jika buku ini anda lewatkan!