Pengarang : DR. Yusuf Al-Isy
Setelah Dinasti Umawiyah runtuh pada tahun 1300 hijriyah, mulailah Abu Al-Abbas yang bergelar A-Saffah mendirikan Negara Islam di Khurasan yang merupakan batu pertama berdirinya Khilafah Islamiyah terbesar, iaitu Dinasti Abbasiyah. Ciri-ciri pemerintahan yang diwarnai corak keislaman tersebut mencatatkan prestasi luar biasa yang dicatatkan oleh tinta emas sepanjang sejarah manusia.
Buku ini mengupas tuntas Dinasti Abbasiyah mulai dari berdirinya di Khurasan, pemerintahan Bani Buwaih, berdirinya Daulah Hamdaniyah hingga runtuhnya Daulah Fathimiyah. Kegemilangan tempoh pemerintahan Al-Mahdi, Harun Ar-Rasyid, dan Al-Makmun yang disertai dengan komplot-komplot politik untuk mendapatkan kuasa, juga dututurkan secara runut dalam buku ini.
Kemajuan peradaban Arab-Islam dalam ilmu pengetahuan di bidang perubatan, farmasi, astronomi, geografi, dan lain-lain juga akan anda temui dalam tempoh Dinasti Abbasiyah ini. Selamat menyelami sejarah kegemilangan Islam, semoga menjadi teladan bagi kita semua.