Pengarang : Prof. DR. Ali Muhammad Ash-Shallabi
Kemenangan dan kejayaan bagi orang-orang yang beriman, mempunyai berbagai macam bentuk dan wujud yang berbeza, di antara yang terpenting adalah; tersampaikannya misi risalah, takluknya musuh, dan terwujudnya umat terbaik yang makmur sejahtera di bawah naungan ridha Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Boleh jadi musuh-musuh Islam memandang bahawa kemenangan dan kejayaan umat Islam adalah mustahil dan omong kosong belaka. Namun kaum muslimin harus tetap yakin dengan janji Allah bahawa bumi ini akan diberikan pada hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Ini bukanlah mimpi atau ilusi. Sebaliknya, ia adalah bentuk keimanan yang sempurna kepada Allah dan keyakinan akan kebenaran semua janji-Nya. Keimanan yang murni adalah yang tak terkotori debu keraguan dan virus kemusyrikan. Kerana hanya keimanan yang murni dan amal soleh yang tulus kepada-Nyalah, yang menjadi kunci utama terealisasikannya kejayaan Islam.
Buku ini adalah sebuah kajian terhadap berbagai macam makna kemenangan dan kejayaan, syarat-syaratnya, sebab-sebabnya, tahapan-tahapannya, tujuan-tujuannya, kekangan-kendalanya serta faktor-faktor penyokongnya. Tak pelak, buku ini menjadi rujukan penting bagi para pegiat dakwah dan aktivis Islam dalam menuntun mereka menggapai kejayaan.