Golden Stories : Kisah-kisah Indah dalam Sejarah Islam
Pengarang : Mahmud Musthofa Saad & Dr. Nashir Abu Amir Al-Humaidi
Hidup adalah rentetan peristiwa. Setiap peristiwa, tentu mengandung hikmah yang tersembunyi. Sungguh beruntung mereka yang mampu mengambil hikmah dari berbagai peristiwa yang terjadi, lalu menjadikannya pelajaran bagi kehidupan dan masa depannya.
Buku ini menghimpun ratusan kisah dari bilik sejarah Islam, yang dikemas dalam bahasa ringkas dan sederhana, dengan harapan pembaca semua dapat merasakan kilauan cahaya dari kegemilangan sejarah, memetik hikmah, kemudian meneladaninya dalam kehidupan sehari-hari.
Kisah-kisah yang ada dalam buku ini terbahagi dalam pelbagai kategori, seperti:
• Kisah tentang cinta dan kasih sayang
• Kisah tentang persaudaraan
• Kisah tentang keberanian
• Kisah tentang keadilan
• Kisah tentang kesabaran dan kejujuran
• Kisah tentang kelapangan hati untuk memaafkan
• Kisah tentang bagaimana menjaga harga diri
• Kisah tentang bagaimana para salafus soleh-menghadapi pelbagai
persoalan hidup
• Kisah bagaimana para ulama berinteraksi dengan penguasa
• Dan masih banyak lagi.
Kerana itu, pelbagai kisah emas yang terhimpun dalam buku ini sangat layak untuk menjadi bahan bacaan kita, untuk kita petik hikmah dan pelajaran; untuk diri, keluarga dan masyarakat kita. Selamat membaca