Halal & Haram dalam Islam

Save 40%
RM110.00 MYR
RM66.00 MYR

Pengarang : Muhammad Bin Shalih Al-Utsaimin

"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas, tetapi di antara keduanya ada banyak perkara yang samar (syubhat) yang tidak diketahui oleh banyak orang. Maka, barangsiapa yang menjauhi perkara yang samar (syubhat), ia telah menjaga agama dan kehormatannya . Dan barangsiapa yang jatuh (mengerjakan) pada perkara-perkara syubhat, sungguh dia telah jatuh pada perkara yang haram, seperti penggembala yang menggembalakan ternaknya di sekitaran hima (tanah larangan) yang dikhuatiri akan memasukinya. Ketahuilah bahawa setiap raja mempunyai batasan, dan ketahuilah bahawa batasan Allah ialah apa-apa yang diharamkanNya. Dan ketahuilah bahawa setiap tubuh ada segumpal darah yang apabila baik maka baiklah tubuh tersebut dan apabila rosak maka rosaklah tubuh tersebut. Ketahuilah, ia adalah qalbu "(HR Muslim)

Tapal batas halal dan haram sudah seharusnya menjadi pengetahuan yang wajib atas setiap Muslim. Sebab, halal haram berkaitan langsung dengan perintah dan larangan dari Allah swt, yang menjadi indikator utama ketakwaan seorang hamba, apakah amal yang dilakukan akan mendapatkan ridha Allah swt, atau malah berbuah murka. Dapat dibayangkan, seorang Muslim tanpa pengetahuan ini ibarat kenderaan yang memandu pada malam hari tanpa penerangan. Rambu-rambu menjadi tak berguna, dan segala larangan boleh diterjang.

Buku ini menjadi suluh yang membimbing kita mengenali rambu-rambu mana yang tidak boleh dilanggar. Ditulis oleh seorang ulama besar Saudi Arabia, menjadikan buku ini mempunyai jaminan Otentitas isi. Kandungan halal haram yang dibahas pun demikian kompleks, mulai dari bab akidah, adab hingga fikih dan ibadah. Beberapa perkara pokok yang sering kita jumpai dalam kehidupan seharian, dikumpulkan dalam bab-bab tersebut, sehingga memudahka kita memahami kandungannya.

Jadi, koleksi buku kita serasa belum lengkap tanpa kehadiran buku ini. Sebab setinggi apapun wawasan yang dimiliki seseorang, akan tetap tak bernilai ketika ia buta akan rambu-rambu mana halal dan mana haram.