Pengarang : Syaikh Muhsin Bin Ali-Tanukhi
"Ada seorang lelaki dalam keadaan sukar menjual barangan di rumahnya seharga satu dirham untuk membeli tepung roti. Dalam perjalanan membeli roti itu, ia bertemu dengan dua orang yang sedang berkelahi berebut wang satu dirham. Demi mendamaikan, lelaki itu memberikan wang satu dirhamnya. Hal itu diceritakan kepada isterinya di rumah. Isterinya kemudian mengumpulkan barang-barang bekas yang ada untuk dijual.
Setelah mendapat wang hasil jualan barang-barang bekas ia bertemu seorang lelaki yang memaksanya membeliu seekor ikan miliknya yang kelihatan sedikit membusuk. Kerana sang penjual kelihatan miskin dan memerlukan, lelaki itu akhirnya membeli ikan itu. Sang istri segera membersihkan ikan, dan mengelaurakn kotoran yang ada dalam perut ikan. Subhanallah, ia tiba-tiba mencari batu mutiara dalam perut ikan tersebut. "
Itulah satu daripada beratus-ratus petikan kisah-kisah dalam buku ini yang pada asalnya adalah kesulitan namun berkesudahan pada kemudahan. Masih banyak lagi kisah lain yang lebih menarik, unik, luar biasa dan di luar dugaan. Tentang bagaimana Allah memberikan jalan keluar bagi hamba-Nya yang sedang diuji. Baik kisah para nabi dan rasul, kisah para ulama, dan orang-orang bertakwa. Mereka layak mendapat pertolongan dari kesulitan setelah mereka berserah diri kepada Allah dan berdo'a atau kerana sebab-sebab lain. Selamat membaca