Pengarang : Imam An Nawawi / Syaikh Muhammad Bin Shalih Al Utsaimin
Al Arba'in An Nawawiyyah dikenali sebagai himpunan hadis yang popular. Hadis hadis yang dipilih Imam An Nawawi mempunyai kelebihan berupa tema yang sederhana namun mempunyai kandungan makna yang mendalam. Mudah pula difahami namun mampu menjawab banyak persoalan dalam kehidupan peribadi mahupun sosial. Itulah sebabnya, kumpulan hadis ini banyak dirujuk sebagai materi pelajaran sekolah hingga majlis majlis taklimat.
Dengan semakin'merakyat 'nya hadits Arba'in, diperlukan sebuah kajian yang mengupas seluk beluk setiap hadis yang terkandung di dalamnya. Agar keistimewaan yang dikandung dapat dinikmati dengan mudah oleh berbagai kalangan, termasuk mereka yang tak sempat berguru langsung kepada ustaz atau guru pengkajiannya, maka buku ini hadir untuk menjawab keperluan tersebut. Tak hanya mengurai makna kata per kata, anda boleh mencari beberapa perkara penting yang menjadi hikmah dan intisari hadis yang telah diringkaskan oleh penulis.
Tentu tak mudah untuk mengurai hikmah dan intisari itu. Diperlukan peranti ilmu, keluasan wawasan, dan pengalaman spiritual. Jika keberkatan karya kumpulan hadits Arba'in ini tidak lepas dari sosok Imam An Nawawi, maka nama Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin, ulama senior Saudi-menjadi jaminan kualiti syarah (penjelasan) hadis Arba'in ini. Semoga buku ini membawa kebaikan dan pembaikan bagi peribadi dan umat.