Pengarang : Dr. Mushtafa Said Khin, Dr. Musthafa Al-Bugha, Muhyiddin Mistu
Setiap muslim dalam menjalani kehidupan ini tak lepas dari 2 sumber pegangan utama. iaitu Al-Quran dan As-Sunnah (Hadis). Hadits adalah segala perkataan (sabda), perbuatan dan ketetapan dan persetujuan dari Nabi Muhammad SAW yang dijadikan ketetapan ataupun hukum dalam agama Islam.
Hadis dijadikan sumber hukum dalam agama Islam selain Al-Qur'an, Ijma dan Qiyas, dimana dalam hal ini, kedudukan hadits merupakan sumber hukum kedua selepas Al-Qur'an. diantara kumpulan-kumpulan hadis yang mahsyur di Indonesia adalah kitab Syarah Riyadhus Shalihin atau kita lebih familiar dengan nama kitab Riyadhus Shalihin.
Buku islami Riyadhus Shalihin adalah nama salah satu kitab kumpulan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud taman orang-orang soleh. Kitab ini disusun oleh al-Imam al-Allamah Abu Zakaria Muhyuddin bin Syaraf an-Nawawi ad-Dimasyqi, atau lebih dikenali dengan sebutan Imam Nawawi. Seorang ulama besar Ahli hadits yang diakui seluruh ulama islam dari masa ke masa.
Banyak ilmu-ilmu penting yang sangat kita perlukan dan berkaitan dengan kehidupan kita sehari-hari dibincangkan dalam buku ini. contohnya dalam bab-bab awal imam nawawi sengaja meletakkan bab Niat. guna mengajak para pembaca untuk senantiasa memperbaiki niat ketika akan melakukan sesuatu.
Pada kitab ini hadis-hadis Rasulullah dikumpulkan ke dalam bab-bab berdasarkan tema utama, sebagai contoh solat, zakat, jihad, doa, Qur'an, dan sebagainya. buku islami ini Sangat sesuai menjadi pegangan muslim yang ingin mempelajari sunah-sunah Rasulullah saw.
Kumpulan hadist riyadhus shalihin karya imam nawawi ini sangat penting untuk dimiliki setiap muslim. mengingat sifat wara 'sang penulis, yang senantiasa menjaga solat-solat sunnahnya, ibadah yang istiqomah dan sentiasa mengimbangi usaha dan amalnya.
Semoga Allah swt mengurniakan pahala yang berlimpah kepada ulama besar Imam nawawi.
Selamat menyelami buku islam kitab syarah riyadhus shalihin ini.